Seuntai kata pembuka bicara

Assalamualaikum semua... dalam blog saya ni saya muatkan resepi2 yang saya suka.. saya dah cuba dan menjadi.. yang penting sedap.. saya dapatkan resepi2 dari internet, akhbar dan majalah.. ada juga resepi yang dikongsi oleh kawan2 yang baik hati... selain itu resepi yang saya pelajari semasa baking course pun ada...kebanyakkanya adalah resepi kek, cup cakes, muffin dan biskut.. why? I love baking.

Friday, January 28, 2011

Sedikit petua untuk kawan2

Dalam penyediaan kek atau mufin kita perlu tahu petua dan juga cara yang betul. Petua-petua ini saya dapat dari pelbagai pihak yang berpengalaman dan juga dari pengalaman sendiri.  Antara yang penting ialah oven perlu dipanaskan terlebih dahulu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum membakar mengikut suhu yang dikehendaki.. ia untuk membolehkan adunan terus naik mengikut suhu yang ditetapkan oleh resepi.. so kek akan naik cantik.
Membuat adunan kek juga kena banyak bersabar.. tidak boleh tergopoh gapah jika mahu hasil yang memuaskan. sebelum mula memukul adunan, pastikan bahan2 telah disediakan mengikut sukatan. ia untuk mengelakkan kita jadi kelam kabut. Bahan2 kering seperti tepung, serbuk coklat, baking powder, baking soda dll perlulah diayak supaya kek lebih gebu. Ia juga dapat mengelakkan adunan berketul. Butter/maarjerin/minyak dipukul dahulu dengan gula.. lepas tu baru masuk telur.. kena masuk satu persatu ye... sabar...lepas tu baru masukkan esen ke, perasa ke.. last masukkan tepung dan juga cecair (cth susu, air panas dll)...

Penat ar.. nanti saya sambung lagi ye..

8.2.2011... sambung lagi setelah lama tak update blog ni,,, segala aktiviti terpaksa dihentikan kerana seluruh daerah telah dinaiki air.. banjir sampai air masuk dalam rumah.. kalut mengangkat barang2 letak tempat tinggi.. bila dah surut kena cuci dan kemas semula.. letih memang letih,.. tapi syukur Alhamdulillah tak da apa2 kejadian yang tidak diingini yang berlaku....

pandangan depan rumah saya semasa banjir

No comments:

Post a Comment