Seuntai kata pembuka bicara

Assalamualaikum semua... dalam blog saya ni saya muatkan resepi2 yang saya suka.. saya dah cuba dan menjadi.. yang penting sedap.. saya dapatkan resepi2 dari internet, akhbar dan majalah.. ada juga resepi yang dikongsi oleh kawan2 yang baik hati... selain itu resepi yang saya pelajari semasa baking course pun ada...kebanyakkanya adalah resepi kek, cup cakes, muffin dan biskut.. why? I love baking.

Sunday, March 13, 2011

Chocolate Banana Brownies With Ganache Topping

Assalamualaikum semua.. lamanya saya tak update blog saya ni.. sibuk dengan tempahan dan juga kursus.. belum lagi dengan kenduri kawin jiran tetangga yang tak putus2.. Alhamdulillah.. dapat memenuhi undangan dari saudara mara dan teman-teman. Hari ni saya nak berkongsi resepi brownies.. sedap sangat. I luv it... yummy.

Dark chocolate (melted-double boiler)        250g
Butter                                                         175g
Castor Sugar                                               170g
Egg                                                             3 nos
Flour                                                           150g
Baking Powder                                            1/2tsp
Banana (berangan)-mashed                          150g
Banana-cubed                                              150g


Topping
Dark Chocolate                                             250g
Whipping cream                                             150g

Method

1. Beat butter and castor sugar until light, add in egg one at a time.
2. Mix in flour finally add in mashed banana..and melted chocolate.
3.Slowly stir in the mashed banana, pour into square tray.. bake at 170 C for 35 minutes.

Topping

Boil whipping cream until boiling, turn off the fire then add the chocolate, stir until smooth.Cool down to thick.
Slowly pour on the brownies, spread even. Chill.

Wednesday, February 9, 2011

Moist Marble Butter Cake

sorryla tak sempat nak ambik gambar penuh butter cake tu.
Resepi ini adalah resepi yang saya belajar semasa baking course di happy bake.. memang sedap.. ini resepi untuk kawan-kawan yang berminat untuk mencuba...


Bahan2
300g Unsalted butter
180g caster sugar
6 nos eggyolk(kuning telur)
6 nos eggwhite (putih telur)
180g flour
4g baking powder (sift together with flour)
15g choco powder (sift)

Method

1. Gula tadi bahagi 2. Ambil 100g gula dan dipukul dgn butter dengan kelajuan medium. masukkan kuning telur dan pukul sehingga kembang. Kemudian masukkan tepung dan baking powder sekaligus. pukul lagi ... tepikan.

2. Pukul putih sebentar kemudian baru masukkan 80g gula. Pukul dengan kelajuan yang tinggi sampai putih dan gebu(soft peak).Dalam 2 minit la lebih kurang. 

3. Masukkan adunan krim tadi dalam adunan butter tadi... caranya ambil 1/3 dulu dari adunan putih telur masukkan dalam adunan butter dan gaul dengan spatula...kacau sebati kemudian baru masukkan lebihan krim tadi kacau dengan spatula ikut arah jam.

4. Ambil sedikit adunan masukkan choco powder.


5. Masukkan dalam loyang dan buatlah corak marble.

6. Bakar 170 degree selama 45 minit.

Tuesday, February 8, 2011

Kek Pisang

Hari ini kat dapur  ada pisang kapas sesisir.. anak2 tak nak makan... pandang sepi jer... timbul lah idea nak buat kek pisang.. apalagi bukaklah internet... tgk kat myresepi.com.. buatlah ikut dalam resepi tu.. Alhamdulillah jadi.. sedap .. gebu lak tu... bebudak punya laju makan kek panas2.. ini saya kongsikan resepi yang saya dah cuba dan menjadilah kiranya...Ini gambar kek yang saya buat...




Bahan2:
2 cwn gula
3 cwn tepung gandum

2 cwn minyk msk@buttr

6 biji pisang

2 tsp soda bikar bonate

6 biji telur

Cara-caranya..
Blenderkan semua bahan2 diatas...tuang dalam loyang yang dialas dengan kertas minyak.. bakar 180 degree selama 40-50 minit..
Saya campurkan butter dan minyak jagung.. 1 cawan butter.. 1 cawan minyak jagung.. gula saya letak 1 cawan jer.. kurangkan manis dalam makanan.. saya gunakan loyang yang panjang tu tapi jadikan dua loyang.. jadi ia agak nipis... lebih cepat dimasak.. 30 minit je...walaupun permukaannya merekah sedikit tapi yang penting jadi dan sedap.

SELAMAT MENCUBA ....

Friday, January 28, 2011

Sedikit petua untuk kawan2

Dalam penyediaan kek atau mufin kita perlu tahu petua dan juga cara yang betul. Petua-petua ini saya dapat dari pelbagai pihak yang berpengalaman dan juga dari pengalaman sendiri.  Antara yang penting ialah oven perlu dipanaskan terlebih dahulu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum membakar mengikut suhu yang dikehendaki.. ia untuk membolehkan adunan terus naik mengikut suhu yang ditetapkan oleh resepi.. so kek akan naik cantik.
Membuat adunan kek juga kena banyak bersabar.. tidak boleh tergopoh gapah jika mahu hasil yang memuaskan. sebelum mula memukul adunan, pastikan bahan2 telah disediakan mengikut sukatan. ia untuk mengelakkan kita jadi kelam kabut. Bahan2 kering seperti tepung, serbuk coklat, baking powder, baking soda dll perlulah diayak supaya kek lebih gebu. Ia juga dapat mengelakkan adunan berketul. Butter/maarjerin/minyak dipukul dahulu dengan gula.. lepas tu baru masuk telur.. kena masuk satu persatu ye... sabar...lepas tu baru masukkan esen ke, perasa ke.. last masukkan tepung dan juga cecair (cth susu, air panas dll)...

Penat ar.. nanti saya sambung lagi ye..

8.2.2011... sambung lagi setelah lama tak update blog ni,,, segala aktiviti terpaksa dihentikan kerana seluruh daerah telah dinaiki air.. banjir sampai air masuk dalam rumah.. kalut mengangkat barang2 letak tempat tinggi.. bila dah surut kena cuci dan kemas semula.. letih memang letih,.. tapi syukur Alhamdulillah tak da apa2 kejadian yang tidak diingini yang berlaku....

pandangan depan rumah saya semasa banjir

Thursday, January 27, 2011

Mini fresh fruit tartlets

Bahan-bahan
Utk buat sweet dough
200 g unsalted butter
100g caster sugar
30g telur
300g tepung
secubit garam.. tapi kalau guna salted butter tak yah la nak letak garam lagi ye..

Caranya
Pukul butter dengan gula sampai soft..dan masukkan telur untuk sebatikan.. akhir masukkan tepung dan ulikan mejadi doh yang lembut. Bungkus doh dalam plastic wrap.. simpan dalam peti sejuk untuk 45 minit. Keluarkan dari peti dan di ulikan lagi sebentar.. bahagikan kecil-kecil.. masukkan dan tekan dalam tart mould.. bakar 160 celcius selama 18 minit atau sehingga masak kekuningan.


Untuk pastry cream untuk buat tartshell..
(seelok-eloknya buat awal2 tartshell pas tu simpan).
Bahan-bahan
250g fresh milk(A)
35g caster sugar(A)
50g eggyolk (kuning telur)(B)
35g caster sugar (B)
15g custard powder(C)
15g tepung(C)
10g butter

Bahan A di didihkan atas api. Bahan B dipukul dengan hand whisk je. Masukkan bahan c dalam bahan b. Bila bahan A mendidih masukkan bahan B tadi .. perlahankan api utk mengelakkan berketul ... dikacau sehingga pekat.. masukkan butter dan sebatikan. tutup api dan ketepikan.

Setelah semua siap.... ambil tartshell letak lapisan coklat yang nipis.. paipkan cream custard tadi diatas tart.. hiaskan dengan buah-buahan segar diatasnya.. sapukan dengan glazing.. yummy sedap.. selamat mencuba..

Mix Fruit cake

Kek buah ini kek yang saya belajar semasa baking course.


Bahan-bahan
150g unsalted butter
50g marjerin
160g brown sugar
4 nos eggs
200g flour
1/2 tsp baking powder
20g gliserin
300g mix fruits ( jangan dibasuh ye)

Cara-caraya
Pukul butter, marjerin dan gula sehigga ringan dan gebu.. masukkan telur dan diikuti dengan glycerin. Masukkan tepung.. akhir sekali masukan mixed fruits. Masukkan loyang pembakar. Bakar untuk 35-40mi dengan suhu 170 degree.

Kek Gula Hangus

Resepi ini dari kak teh, Antara Gapi Serendah.. thanks kak teh.. I luv u...

Bahan-bahan:
3 biji telur (gred b)
3 cawan tepung gandum
2 sudu teh bikarbonat soda (ayak sekali dgn tepung)
1 tin susu cair
1 cawan marjerin
3/4 cawan gula merah.. dicairkan sekali dengan marjerin yang ditambah dengan 1/2 cawan air..atas api la..
1 1/2 cawan gula pasir- (disangai utk dijadikan gula hangus)- bila dah cair tambahkan sedikit air ye..

Method

Pukul telur dengan kelajuan tinggi sehingga kembang. masukkan air gula merah + marjerin, gula perang dan juga susu cair secara berselang seli. Pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Sebatikkan. Masukkan dalam loyang pembakar yang telah dilengser dengan marjerin dan tabur dengan sedikit tepung ( utk elak lekat).. lagi bagus kalau dialas dengan kertas minyak.. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar 1 jam suhu 130 degree...

Marble Cake

Resepi ni dapat dari buku resepi oleh Chef Ismail.. olah2 sikitlah utk dapatkan hasil yang kita mahu..Bagi yang suka marjerin bolehlah letak planta ke daisy ke, tapi bagi yang suka butter letaklah butter... nak campur 1/2 butter dan 1/2 marjerin pun boleh.. ikutlah selera masing2.. nak tau macamana rasanya kenalah cuba ye...

Bahan2
250g butter/marjerin
250g gula
4-5 biji telur
100ml susu cair
1 sd teh esen vanilla
1 sd besar baking powder
250g Tepung gandum..diayak ye..
sedikit serbuk coklat - utk memarblekan corak kek..

Cara-caranya;

Pukul butter dengan gula sehingga ringan dan gebu. masukkan telur satu persatu.. pukul hingga kembang. masukkan esen vanilla.. masukkan tepung dan juga susu. pukul sebati.. Ambil sedikit adunan masukkan serbuk coklat... masukkan adunan tadi berselang seli dengan adunan yang bercoklat.. Bakar sehingga masak.
kalau tak nak kek marble.. tak yah letak coklat.. boleh jadikan kek pandan dgn tambah perisa pandan dan sedikit pewarna hijau... kalau nak kek oren tambahkan sunquick dalam 3-4 sd besar, ikutlah kreativiti masing2..

kek coklat kukus

Kek kukus ni kak Aishah dari Tasik Teratai, serendah yang bagi.. terima kasih ye kerana sudi berkongsi resepi ini. Tapi rasanya ramai yang dah tau resepi ni... apa2 pun saya tuliskan resepi ini utk kawan-kawan ye..

Bahan2
2 1/2 cwan tepung gandum
! cawan minyak masak (nak sedap lagi guna myk jagung)
1 cawan gula pasir
1 tin susu krimer pekat (FN boleh la..)
1 sudu baking powder
1 sd bikarbonat soda
3 bj telur
1 cawan serbuk koko
1 cawan air panas mendidih.

Caranya senang jer.. put all in one bowl. sebaik-baik air panas tu last sekali la.. kacau sebati.. tak perlu guna mixer.. guna senduk atau spatula jer..masuk dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam dengan api yang sederhana... sedap jika makan panas-panas.. yummy..

chocolate chip cup cake

Resepi cup cake yang saya belajar semasa meghadiri baking course di happy bake. Ia sangat sedap dan anak2 saya sangat sukakannya.. ia sangat gebu dan lembut..tak percaya cubalah sendiri..
ini mini mufin... lebih senang anak2 nak makan.. sekali ngap aje...



ingredients
170g unsalted butter (butter yg salted pun bleh.. belasah aje..)
120g caster sugar
3 biji telur
170g tepung naik sendiri (kalau guna tepung biasa tambahkan baking powder 1 sd teh)
75g Chocolate chip


Method

Pukul butter dengan gula sampai gebu dan ringan, masukkan telur 1 by 1, pukul lagi. Masukkan tepung dan pukul lagi sampai jadi adunan yang smooth.. masukkan dalam piping bag kalau tak sudukan aje dalam paper cup...bakar 180 degree dalam 25 minit.. tapi kalau buat mini mufin kenalah kurangkan masanya ye.. nanti hanguslah pulak.. selalulah jenguk2 oven tu semasa membakar...

chocolate cup cake

Resepi ini saya dapatkan dari internet..terima kasih pada yang berkongsi.. sudah cuba dan menjadi. kaya dengan rasa coklat... teksturnya juga lembut berbanding mufin.


ingredients
2 cawan air panas
11/2 cawan serbuk koko(dlm 100g)
2 3/4 cawan tepung gandum
2 sd teh baking soda
1/2 sd teh baking powder
1/2 sd teh garam
1 cawan mentega (200g)
2 cawan gula (300g)
4 biji telur
1 1/2 sd teh esen vanila

Method
Panaskan oven dulu ye.. campurkan serbuk koko dan air panas dan sebatikan da pastikan ia tidak berketul.
Satukan tepung, garam, baking soda, baking powder, dalam mangkuk yang lain. diayak.
Pukul gula dan mentega sehingga fluffy,..masukkan telur 1 by 1, dan vanilla. sebatikan.. kemudian masukkan dry ingredient tadi dan juga bancuhan koko. Sebatikan..
Masukkan dalam paper cup dan bakar dalam 170 degree selama 18-20 minit...

Aneka Muffin

Resepi muffin saya dapat dari akhbar.. tak ingat akhbar apa.. apa2 pun resepi ini senang, mudah dan sedap..
mufin dalam gambar ni perasa oren dan coklat yang baru ,masak.. boleh wat bisnes...

ini bahan2nye..

350ml minyak jagung(myk masak biasa pun boleh)
250g gula( kurangkan kalau tak suka manis)
400g tepung gandum
20g susu tepung
20g tepung jagung
30g baking powder
 3 @ 4 biji telur (tgk saiz)
200 ml air suam

Method
Masukkan minyak dan gula. Pukul sebentar, masukkan telur one by one..pukul lagi. Masukkan susu tepung dan tepung jagung.. masukkan tepung yang diayak dengan baking powder berselang seli dengan air suam. Pukul hingga sebati. kemudian masukkan apa2 emulco(perasa) yang digemari seperti coklat, pandan, oren dll. kalau nak plain jer tambahlah esen vanilla. masukkan dalam paper cup n. kalau nak guna paper cup yang nipis kenalah letak dalam baking tray, tak pun beli je paper cup yang  keras tu..kemudian bakar pada suhu 180 selama 15 minit( suhu oven berbeza ikut masing2 punya oven,, pandai2 la adjust ye). yang paling penting jangan lupa panaskan oven dulu...
kal