Seuntai kata pembuka bicara

Assalamualaikum semua... dalam blog saya ni saya muatkan resepi2 yang saya suka.. saya dah cuba dan menjadi.. yang penting sedap.. saya dapatkan resepi2 dari internet, akhbar dan majalah.. ada juga resepi yang dikongsi oleh kawan2 yang baik hati... selain itu resepi yang saya pelajari semasa baking course pun ada...kebanyakkanya adalah resepi kek, cup cakes, muffin dan biskut.. why? I love baking.

Petua untuk dikongsi

Dalam page ini saya kongsikan petua-petua di dapur yang kita boleh amalkan bersama untuk memudahkan kerja-kerja kita sebagai suri rumah. Saya juga ada masukkan petua-petua dalam penyediaan kek, mufin dan juga apa2 yang berkaitan. Semoga ia dapat kita manfaatkan bersama. kalau kawan-kawan nak tambah petua-petua yang lain bolehlah tambah dalam comment kemudian saya akan tambah post ye..

Petua penyediaan kek dan kuih-muih menggunakan oven

  1. Oven hendaklah dipanaskan dahulu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum membakar kek atau biskut. Ini adalah penting untuk memastikan kek naik dengan sempurna. 
  2. Sebelum mengadun kek.. semua bahan hendaklah disediakan terlebih dahulu mengikut sukatan yang diperlukan.. loyang juga hendaklah dilengser dengan butter/marjerin ataupun di alas dengan kertas minyak mengikut kesesuaian resepi. Penyediaan awal ini adalah penting untuk memastikan tiada bahan yang tertinggal dan juga mengelakkan kelam kabut yang akan menghasilkan kek yang kurang memuaskan hasilnya.

Petua di dapur

  1. Nasi hangus.. letakkan beberapa biji cili kering atas nasi dan tutup. Cili kering itu dapat mengurandkan bau hangit nasi.
  2. Melembutkan daging atau ayam tua.. paling senang guna periuk tekanan tinggi, Kalau nak rebus dalam kuantiti yang banyak.. antara cara yang boleh digunakan ialah rebus ayam atau daging tadi bersama daun nangka.. ada juga yang meletakkan tempe . Tutup rapat dan api jangan terlalu besar.
    Chef sabri yang selalu kat radio ikim tu pula beritahu untuk melembutkan daging tu.. letak akar betik atau akar daun pandan semasa merebus..