Resepi ni dapat dari buku resepi oleh Chef Ismail.. olah2 sikitlah utk dapatkan hasil yang kita mahu..Bagi yang suka marjerin bolehlah letak planta ke daisy ke, tapi bagi yang suka butter letaklah butter... nak campur 1/2 butter dan 1/2 marjerin pun boleh.. ikutlah selera masing2.. nak tau macamana rasanya kenalah cuba ye...
Bahan2
250g butter/marjerin
250g gula
4-5 biji telur
100ml susu cair
1 sd teh esen vanilla
1 sd besar baking powder
250g Tepung gandum..diayak ye..
sedikit serbuk coklat - utk memarblekan corak kek..
Cara-caranya;
Pukul butter dengan gula sehingga ringan dan gebu. masukkan telur satu persatu.. pukul hingga kembang. masukkan esen vanilla.. masukkan tepung dan juga susu. pukul sebati.. Ambil sedikit adunan masukkan serbuk coklat... masukkan adunan tadi berselang seli dengan adunan yang bercoklat.. Bakar sehingga masak.
kalau tak nak kek marble.. tak yah letak coklat.. boleh jadikan kek pandan dgn tambah perisa pandan dan sedikit pewarna hijau... kalau nak kek oren tambahkan sunquick dalam 3-4 sd besar, ikutlah kreativiti masing2..
No comments:
Post a Comment