Seuntai kata pembuka bicara

Assalamualaikum semua... dalam blog saya ni saya muatkan resepi2 yang saya suka.. saya dah cuba dan menjadi.. yang penting sedap.. saya dapatkan resepi2 dari internet, akhbar dan majalah.. ada juga resepi yang dikongsi oleh kawan2 yang baik hati... selain itu resepi yang saya pelajari semasa baking course pun ada...kebanyakkanya adalah resepi kek, cup cakes, muffin dan biskut.. why? I love baking.

Thursday, January 27, 2011

Mini fresh fruit tartlets

Bahan-bahan
Utk buat sweet dough
200 g unsalted butter
100g caster sugar
30g telur
300g tepung
secubit garam.. tapi kalau guna salted butter tak yah la nak letak garam lagi ye..

Caranya
Pukul butter dengan gula sampai soft..dan masukkan telur untuk sebatikan.. akhir masukkan tepung dan ulikan mejadi doh yang lembut. Bungkus doh dalam plastic wrap.. simpan dalam peti sejuk untuk 45 minit. Keluarkan dari peti dan di ulikan lagi sebentar.. bahagikan kecil-kecil.. masukkan dan tekan dalam tart mould.. bakar 160 celcius selama 18 minit atau sehingga masak kekuningan.


Untuk pastry cream untuk buat tartshell..
(seelok-eloknya buat awal2 tartshell pas tu simpan).
Bahan-bahan
250g fresh milk(A)
35g caster sugar(A)
50g eggyolk (kuning telur)(B)
35g caster sugar (B)
15g custard powder(C)
15g tepung(C)
10g butter

Bahan A di didihkan atas api. Bahan B dipukul dengan hand whisk je. Masukkan bahan c dalam bahan b. Bila bahan A mendidih masukkan bahan B tadi .. perlahankan api utk mengelakkan berketul ... dikacau sehingga pekat.. masukkan butter dan sebatikan. tutup api dan ketepikan.

Setelah semua siap.... ambil tartshell letak lapisan coklat yang nipis.. paipkan cream custard tadi diatas tart.. hiaskan dengan buah-buahan segar diatasnya.. sapukan dengan glazing.. yummy sedap.. selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment