Membuat adunan kek juga kena banyak bersabar.. tidak boleh tergopoh gapah jika mahu hasil yang memuaskan. sebelum mula memukul adunan, pastikan bahan2 telah disediakan mengikut sukatan. ia untuk mengelakkan kita jadi kelam kabut. Bahan2 kering seperti tepung, serbuk coklat, baking powder, baking soda dll perlulah diayak supaya kek lebih gebu. Ia juga dapat mengelakkan adunan berketul. Butter/maarjerin/minyak dipukul dahulu dengan gula.. lepas tu baru masuk telur.. kena masuk satu persatu ye... sabar...lepas tu baru masukkan esen ke, perasa ke.. last masukkan tepung dan juga cecair (cth susu, air panas dll)...
Penat ar.. nanti saya sambung lagi ye..
8.2.2011... sambung lagi setelah lama tak update blog ni,,, segala aktiviti terpaksa dihentikan kerana seluruh daerah telah dinaiki air.. banjir sampai air masuk dalam rumah.. kalut mengangkat barang2 letak tempat tinggi.. bila dah surut kena cuci dan kemas semula.. letih memang letih,.. tapi syukur Alhamdulillah tak da apa2 kejadian yang tidak diingini yang berlaku....
![]() |
pandangan depan rumah saya semasa banjir |