Assalamualaikum semua.. lamanya saya tak update blog saya ni.. sibuk dengan tempahan dan juga kursus.. belum lagi dengan kenduri kawin jiran tetangga yang tak putus2.. Alhamdulillah.. dapat memenuhi undangan dari saudara mara dan teman-teman. Hari ni saya nak berkongsi resepi brownies.. sedap sangat. I luv it... yummy.
Dark chocolate (melted-double boiler) 250g
Butter 175g
Castor Sugar 170g
Egg 3 nos
Flour 150g
Baking Powder 1/2tsp
Banana (berangan)-mashed 150g
Banana-cubed 150g
Topping
Dark Chocolate 250g
Whipping cream 150g
Method
1. Beat butter and castor sugar until light, add in egg one at a time.
2. Mix in flour finally add in mashed banana..and melted chocolate.
3.Slowly stir in the mashed banana, pour into square tray.. bake at 170 C for 35 minutes.
Topping
Boil whipping cream until boiling, turn off the fire then add the chocolate, stir until smooth.Cool down to thick.
Slowly pour on the brownies, spread even. Chill.
REsEpi Yang Best N Sedap
Seuntai kata pembuka bicara
Assalamualaikum semua... dalam blog saya ni saya muatkan resepi2 yang saya suka.. saya dah cuba dan menjadi.. yang penting sedap.. saya dapatkan resepi2 dari internet, akhbar dan majalah.. ada juga resepi yang dikongsi oleh kawan2 yang baik hati... selain itu resepi yang saya pelajari semasa baking course pun ada...kebanyakkanya adalah resepi kek, cup cakes, muffin dan biskut.. why? I love baking.
Sunday, March 13, 2011
Wednesday, February 9, 2011
Moist Marble Butter Cake
![]() |
sorryla tak sempat nak ambik gambar penuh butter cake tu. |
Bahan2
300g Unsalted butter
180g caster sugar
6 nos eggyolk(kuning telur)
6 nos eggwhite (putih telur)
180g flour
4g baking powder (sift together with flour)
15g choco powder (sift)
Method
1. Gula tadi bahagi 2. Ambil 100g gula dan dipukul dgn butter dengan kelajuan medium. masukkan kuning telur dan pukul sehingga kembang. Kemudian masukkan tepung dan baking powder sekaligus. pukul lagi ... tepikan.
2. Pukul putih sebentar kemudian baru masukkan 80g gula. Pukul dengan kelajuan yang tinggi sampai putih dan gebu(soft peak).Dalam 2 minit la lebih kurang.
3. Masukkan adunan krim tadi dalam adunan butter tadi... caranya ambil 1/3 dulu dari adunan putih telur masukkan dalam adunan butter dan gaul dengan spatula...kacau sebati kemudian baru masukkan lebihan krim tadi kacau dengan spatula ikut arah jam.
4. Ambil sedikit adunan masukkan choco powder.
5. Masukkan dalam loyang dan buatlah corak marble.
6. Bakar 170 degree selama 45 minit.
Tuesday, February 8, 2011
Kek Pisang
Hari ini kat dapur ada pisang kapas sesisir.. anak2 tak nak makan... pandang sepi jer... timbul lah idea nak buat kek pisang.. apalagi bukaklah internet... tgk kat myresepi.com.. buatlah ikut dalam resepi tu.. Alhamdulillah jadi.. sedap .. gebu lak tu... bebudak punya laju makan kek panas2.. ini saya kongsikan resepi yang saya dah cuba dan menjadilah kiranya...Ini gambar kek yang saya buat...
Bahan2:
2 cwn gula
Saya campurkan butter dan minyak jagung.. 1 cawan butter.. 1 cawan minyak jagung.. gula saya letak 1 cawan jer.. kurangkan manis dalam makanan.. saya gunakan loyang yang panjang tu tapi jadikan dua loyang.. jadi ia agak nipis... lebih cepat dimasak.. 30 minit je...walaupun permukaannya merekah sedikit tapi yang penting jadi dan sedap.
Bahan2:
2 cwn gula
3 cwn tepung gandum
2 cwn minyk msk@buttr
6 biji pisang
2 tsp soda bikar bonate
6 biji telur
Cara-caranya..
Blenderkan semua bahan2 diatas...tuang dalam loyang yang dialas dengan kertas minyak.. bakar 180 degree selama 40-50 minit..
Saya campurkan butter dan minyak jagung.. 1 cawan butter.. 1 cawan minyak jagung.. gula saya letak 1 cawan jer.. kurangkan manis dalam makanan.. saya gunakan loyang yang panjang tu tapi jadikan dua loyang.. jadi ia agak nipis... lebih cepat dimasak.. 30 minit je...walaupun permukaannya merekah sedikit tapi yang penting jadi dan sedap.
SELAMAT MENCUBA ....
Friday, January 28, 2011
Sedikit petua untuk kawan2
Dalam penyediaan kek atau mufin kita perlu tahu petua dan juga cara yang betul. Petua-petua ini saya dapat dari pelbagai pihak yang berpengalaman dan juga dari pengalaman sendiri. Antara yang penting ialah oven perlu dipanaskan terlebih dahulu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum membakar mengikut suhu yang dikehendaki.. ia untuk membolehkan adunan terus naik mengikut suhu yang ditetapkan oleh resepi.. so kek akan naik cantik.
Membuat adunan kek juga kena banyak bersabar.. tidak boleh tergopoh gapah jika mahu hasil yang memuaskan. sebelum mula memukul adunan, pastikan bahan2 telah disediakan mengikut sukatan. ia untuk mengelakkan kita jadi kelam kabut. Bahan2 kering seperti tepung, serbuk coklat, baking powder, baking soda dll perlulah diayak supaya kek lebih gebu. Ia juga dapat mengelakkan adunan berketul. Butter/maarjerin/minyak dipukul dahulu dengan gula.. lepas tu baru masuk telur.. kena masuk satu persatu ye... sabar...lepas tu baru masukkan esen ke, perasa ke.. last masukkan tepung dan juga cecair (cth susu, air panas dll)...
Penat ar.. nanti saya sambung lagi ye..
8.2.2011... sambung lagi setelah lama tak update blog ni,,, segala aktiviti terpaksa dihentikan kerana seluruh daerah telah dinaiki air.. banjir sampai air masuk dalam rumah.. kalut mengangkat barang2 letak tempat tinggi.. bila dah surut kena cuci dan kemas semula.. letih memang letih,.. tapi syukur Alhamdulillah tak da apa2 kejadian yang tidak diingini yang berlaku....

pandangan depan rumah saya semasa banjir |
Thursday, January 27, 2011
Mini fresh fruit tartlets
Bahan-bahan
Utk buat sweet dough
200 g unsalted butter
100g caster sugar
30g telur
300g tepung
secubit garam.. tapi kalau guna salted butter tak yah la nak letak garam lagi ye..
Caranya
Pukul butter dengan gula sampai soft..dan masukkan telur untuk sebatikan.. akhir masukkan tepung dan ulikan mejadi doh yang lembut. Bungkus doh dalam plastic wrap.. simpan dalam peti sejuk untuk 45 minit. Keluarkan dari peti dan di ulikan lagi sebentar.. bahagikan kecil-kecil.. masukkan dan tekan dalam tart mould.. bakar 160 celcius selama 18 minit atau sehingga masak kekuningan.
Untuk pastry cream untuk buat tartshell..
(seelok-eloknya buat awal2 tartshell pas tu simpan).
Bahan-bahan
250g fresh milk(A)
35g caster sugar(A)
50g eggyolk (kuning telur)(B)
35g caster sugar (B)
15g custard powder(C)
15g tepung(C)
10g butter
Bahan A di didihkan atas api. Bahan B dipukul dengan hand whisk je. Masukkan bahan c dalam bahan b. Bila bahan A mendidih masukkan bahan B tadi .. perlahankan api utk mengelakkan berketul ... dikacau sehingga pekat.. masukkan butter dan sebatikan. tutup api dan ketepikan.
Setelah semua siap.... ambil tartshell letak lapisan coklat yang nipis.. paipkan cream custard tadi diatas tart.. hiaskan dengan buah-buahan segar diatasnya.. sapukan dengan glazing.. yummy sedap.. selamat mencuba..

Mix Fruit cake
Kek buah ini kek yang saya belajar semasa baking course.
Bahan-bahan
150g unsalted butter
50g marjerin
160g brown sugar
4 nos eggs
200g flour
1/2 tsp baking powder
20g gliserin
300g mix fruits ( jangan dibasuh ye)
Cara-caraya
Pukul butter, marjerin dan gula sehigga ringan dan gebu.. masukkan telur dan diikuti dengan glycerin. Masukkan tepung.. akhir sekali masukan mixed fruits. Masukkan loyang pembakar. Bakar untuk 35-40mi dengan suhu 170 degree.

Kek Gula Hangus
Resepi ini dari kak teh, Antara Gapi Serendah.. thanks kak teh.. I luv u...
Bahan-bahan:
3 biji telur (gred b)
3 cawan tepung gandum
2 sudu teh bikarbonat soda (ayak sekali dgn tepung)
1 tin susu cair
1 cawan marjerin
3/4 cawan gula merah.. dicairkan sekali dengan marjerin yang ditambah dengan 1/2 cawan air..atas api la..
1 1/2 cawan gula pasir- (disangai utk dijadikan gula hangus)- bila dah cair tambahkan sedikit air ye..
Method
Pukul telur dengan kelajuan tinggi sehingga kembang. masukkan air gula merah + marjerin, gula perang dan juga susu cair secara berselang seli. Pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Sebatikkan. Masukkan dalam loyang pembakar yang telah dilengser dengan marjerin dan tabur dengan sedikit tepung ( utk elak lekat).. lagi bagus kalau dialas dengan kertas minyak.. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar 1 jam suhu 130 degree...

Subscribe to:
Posts (Atom)